fbpx

Blog

Ilmu dari sumber sahih

Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama yang berkaitan dengan sumber-sumber yang tidak dikenalpasti tanpa asas rujukan yang sebenar serta diperkukuhkan dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith.
.
Ini kerana terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah.
.
Boleh jadi juga ia palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya.
.
Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya.
.
Justeru, sewajarnya kita berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahuinya.
.
Terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang diviralkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya.
.
Dalam menerima maklumat, lihatlah kepada mereka yang berautoriti agar maklumat yang diberikan benar dan tepat.
.
Rujuklah kepada badan-badan yang berautoriti dan bertanggungjawab.
.
Hal ini amat penting agar peranan badan-badan yang telah diamanahkan dapat berfungsi dengan lebih efisyen, adil dan telus.
.
Sebagai contoh, jika permasalahan berkaitan dengan penyakit atau wabak, rujuklah kepada Kementerian Kesihatan.
.
Jika isu berkaitan dengan hukum-hakam, walaupun di sana banyak para asatizah dan cerdik pandai yang mempunyai blog, Facebook atau Twitter sendiri, tetapi jadikanlah badan yang berautoriti seperti pejabat dan jabatan mufti sebagai medan bertanyakan kekeliruan dan pihak berautoriti ini akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi merungkaikan permasalahan tersebut.
.
Ini bagi mendidik masyarakat untuk merujuk kepada yang sepatutnya sesuai dengan firman Allah SWT:
.
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
.
Maksudnya: Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
.
(Al-Nahl, 16: 43)
.
.
.
Kepada pengguna laman sesawang terutamanya anak muda dan remaja amat perlu berhati-hati.
.
Ini kerana, apa yang dimuatkan dalam internet juga membawa kesan yang amat negatif dan merugikan umat itu sendiri.
.
Kadar kethiqahan atau kepercayaan kepada maklumat juga perlu diambil kira agar ia benar tepat dari segi faktanya.
.
Marilah kita semua berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat dan ilmu apatah lagi yang berkaitan agama kita agar benar-benar menepati yang sebenarnya.

2 thoughts on “Ilmu dari sumber sahih

  1. Hej. Min dotter har fått elgolvvärme installerat i sitt badrum, hon har haft det ett par år nu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *