fbpx

Polisi Perlindungan Data Peribadi

  1. Polisi Perlindungan Data Peribadi ini (“Polisi”) dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) dan bagi tujuan Notis ini, “Data Peribadi” membawa maksud seperti yang tercatat di dalam Akta.
  2. Notis ini dikuatkuasakan kepada orang yang berkaitan dengan Akta dan bertujuan untuk memberitahu anda bagaimana Data Peribadi anda dikawal, diproses dan/atau diguna oleh DT Education Sdn Bhd (1298668-A), sebuah syarikat yang beroperasi di 1B-1C, Tingkat 2 & 3, Jalan Diplomatik 2/2, Presint Diplomatik, 62050 WP Putrajaya.
  3. Untuk tujuan Notis ini, “Data Peribadi” termasuk data yang telah dikumpul dan yang akan dikumpul sebelum dan selepas pengeluaran Notis ini.

Pengumpulan
  1. Data Peribadi yang dikawal, diproses dan/atau diguna oleh DT Education Sdn Bhd termasuk tetapi tidak terhad kepada nama anda, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, butir-butir hubungan, jawatan, pilihan, minat, maklumat berkenaan firma anda dan/atau maklumat lain.
  2. DT Education Sdn Bhd juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang acara, program latihan, persidangan, seminar, bengkel atau ceramah yang dianjurkan atau ditaja oleh DT Education Sdn Bhd, dan/atau daripada ‘cookies’ yang digunakan di laman sesawang rasmi DT Education Sdn Bhd.

Integriti & Keselamatan
  1. Kami komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat dalam pangkalan-pengkalan data dan di pejabat kami.
  2. Segala usaha yang munasabah dan langkah-langkah praktikal untuk memastikan bahawa sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh DT Education Sdn Bhd dilindungi daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau pendedahan tanpa persetujuan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.
  3. Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dalam penyimpanan kami adalah tepat dan terkini, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada kami dengan segera sekiranya berlaku apa-apa ketidaktepatan atau apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda.


TERMA & SYARAT PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (DPQS)

KULLIYYAH DARUL TAUHID (KDT)

  1. Kulliyyah Darul Tauhid atau singkatannya “KDT” adalah sebuah institusi dan jenama yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh DT Education Sdn Bhd (1298668-A) yang beribu pejabat di Presint Diplomatik, Putrajaya, Malaysia.
  2. Penyertaan program adalah terbuka kepada semua pelajar dari serata dunia, bukan hanya di Malaysia, yang boleh memahami bahasa Melayu dengan baik.
  3. Program ini dilaksanakan untuk tujuan penyebaran ILMU yang bermanfaat dan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
  4. Yuran program ialah seperti berikut:
Peringkat PengajianYuran (RM) Per SemesterUS Dollar
Tahun 1 / Semester 1600145
Tahun 1 / Semester 2600145
Tahun 1 / Semester 3600145
Tahun 2 / Semester 4600145
Tahun 2 / Semester 5600145
Tahun 2 / Semester 6600145
Tahun 3 / Semester 7600145
Tahun 3 / Semester 8600145
Tahun 3 / Semester 9600145
TOTAL5,4001,305
  • Sekiranya calon pelajar bersetuju dengan tawaran mengikuti program ini, maka bayaran yuran kursus perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum kuliah pertama bagi semester tersebut bermula. Sila rujuk tarikh tutup pendaftaran bagi setiap semester / ambilan di laman web rasmi https://kulliyyah.darultauhid.com atau pada e-mel yang dihantar oleh pihak pengurusan KDT dari masa ke masa.
  • Pengguguran kursus (course drop) boleh dilakukan secara percuma dalam tempoh 30 hari selepas bermula kelas pertama dalam satu-satu semester. Tidak ada pengembalian wang yuran bagi mana-mana kursus yang digugurkan. Permohonan untuk menggugurkan kursus selepas tempoh 30 hari selepas bermulanya kelas pertama dalam semester tersebut akan dikenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap satu kursus yang digugurkan.
  • Semua proses permohonan dan pendaftaran adalah SECARA ONLINE SAHAJA. Bayaran perlu dibuat menurut cara dan kaedah seperti yang diberikan melalui e-mel oleh pihak pengurusan KDT.
  • Alamat lokasi pengajian on-site:

Kulliyyah Darul Tauhid

c/o: DT Education Sdn Bhd, 1B-1C, Tingkat 2 & 3, Jalan Diplomatik 2/2, Presint Diplomatik, 62050 Putrajaya

  • Sila hubungi pengurusan KDT melalui e-mel admin@kulliyyah.darultauhid.com untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.
  • Para pelajar perlu membuat pembacaan, kajian, dan menulis sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar para pensyarah.
  • Pelajar hanya diberikan akses kepada laman kursus atau subjek setelah berjaya membuat pembayaran yuran secara online.
  • Semua buku teks dan nota adalah dalam bentuk softcopy sama ada dalam format Word, PDF, atau sebagainya.
  • Yuran pengajian yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
  • Yuran pengajian setiap semester adalah termasuk kos pentadbiran, kemudahan pengajian, kos tutorial, elaun pensyarah, peralatan dan kelengkapan kuliah secara online, dan lain-lain.
  • Skrol Diploma akan dianugerahkan selepas tamat pengajian dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Selain daripada nota atau buku teks yang disediakan oleh pihak KDT, para pelajar dikehendaki membeli buku-buku rujukan sendiri atas tanggungan sendiri sekiranya perlu.
  • Para pelajar program ini mestilah menjaga adab, akhlak, dan sahsiah diri yang baik menurut ajaran Islam. Semua pelajar wajib berpakaian memelihara aurat dan maruah diri dan mengamalkan adab dan akhlak penuntut ilmu syarie ketika sesi pengajian, baik secara online mahupun on-site.
  • Semua pelajar wajib mematuhi semua peraturan dan ketetapan KDT. Mana-mana pelajar yang gagal mematui peraturan KDT atau arahan pihak pengurusan dari masa ke masa, sama ada secara bertulis atau lisan, boleh dikenakan hukuman atau digugurkan daripada program.
  • Semua pelajar bersetuju untuk dihubungi oleh pihak pengurusan KDT atau DT Education Sdn Bhd bagi menyampaikan sebarang maklumat, perkembangan terkini, program baharu, dan sebagainya yang dirasakan perlu.
  • Pihak pengurusan KDT berhak membuat pindaan, perubahan, dan mengeluarkan apa-apa arahan demi kelancaran perjalanan program dari masa ke masa.
  • Pihak pengurusan KDT TIDAK MENJAMIN kejayaan mana-mana pelajar untuk mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain, atau mendapat peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di sini.
  • Segala masalah, maklumbalas, aduan, dan sebagainya hendaklah disampaikan terus kepada pihak pengurusan KDT.
  • Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan diri mereka masing-masing, serta harta benda milik mereka sepanjang mengikuti program ini. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan, kerosakan, kecederaan, atau kematian pada diri dan harta benda pelajar sepanjang mengikuti program ini.
  • Segala peraturan dan ketetapan adalah tertakluk di bawah undang-undang negara Malaysia.

Sekian terma dan syarat