fbpx

Blog

Sebab Islam pentingkan Ilmu

Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan.
.
Perkara ini dapat dilihat menerusi salah satu daripada Maqasid as-Syariah iaitu memelihara akal supaya ia dapat dimanfaatkan untuk mempelajari dan menimba ilmu pengetahuan.
.
Sebagai agama rahmah, Islam sekali-kali tidak akan membiarkan manusia menggunakan akal tanpa tujuan yang benar dan disiplin yang betul.
.
Justeru, Allah SWT menurunkan al-Quran supaya dijadikan panduan hidup dan mengutuskan rasulNya sebagai ikutan serta pembimbing menuju jalan kebenaran.
.
Dengan demikian, akal manusia akan terarah menuju kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT menerusi surah al-‘Alaq, ayat 1 hingga 5:
.
Bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar
manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
.
.
Ayat tersebut diturunkan sebagai perintah kepada Nabi Muhammad SAW ketika awal penurunan wahyu, sedangkan Nabi SAW ketika itu adalah seorang yang ummi, tidak pandai membaca dan tidak tahu menulis.
.
Peristiwa ini menunjukkan kepentingan membaca kepada umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *