fbpx

Blog

Mencarut zikir umat akhir zaman?

Suatu masa dahulu, terdengar perkataan seperti “Bodoh” itu sudah terasa kasar.
.
Bahkan, perkataan daripada spesies haiwan juga jarang kedengaran.
.
Ironinya, kini bahasa-bahasa kesat tersebar dan terpacul daripada bibir dengan sangat mudah bagaikan zikir harian.
.
Carutan itu bukan sahaja di dunia nyata malah, ia menjadi lebih dahsyat lagi di media sosial.
.
Lebih menyedihkan, ia diamalkan sendiri oleh generasi muda zaman sekarang.
.
Lihat sahaja di posting media sosial, pasti akan terlihat komen-komen yang dikongsi secara meluas khususnya yang negatif dengan bahasa kasar.
.
Demi memberi justifikasi terhadap perbuatan itu, ramai menggunakan alasan hak asasi atau bebas menyuarakan pandangan.
.
Hakikatnya, hak mempunyai maksud luas dan pada masa sama ada batasan, malah melakukan dan menyatakan kebenaran perlu diletakkan sebagai dalam hak yang perlu diberi keutamaan.
.
Apa yang berlaku hari ini, masing-masing ingin menegakkan hak sendiri tanpa mempedulikan hak orang lain hingga mengakibatkan perselisihan dan pergaduhan.
.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang yang suka agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersebar dalam kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (An-Nur: 19)
.
Setiap hak yang diberikan kepada manusia, datang bersama had dan syarat perlu dipatuhi.
.
Rasionalnya, batasan itu bertujuan memastikan setiap hak digunakan dengan cara yang betul.
.
Ingatlah, jangan sampai ayat-ayat carutan yang keluar dari bibir semasa sakaratulmaut nanti disebabkan lancarnya lidah mencarut setiap hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *