MAKLUMAT PROGRAM
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (DPQS)
ADDIIN UNIVERSITY (AU)
AMBILAN JULAI 2022
Pengenalan
Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah (singkatannya DPQS) anjuran Addiin University (singkatannya AU) merupakan program yang merangkumi ilmu-ilmu asas tentang ajaran Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ . Ia mengandungi subjek-subjek yang merupakan asas dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah dalam rangka untuk menjiwai dan menghayati intipati asal dan akar umbi ajaran Islam.
Ini dirangka bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berketerampilan dan berkemampuan menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat setempat, di samping menceburkan diri dalam kerjaya di bidang pendidikan, penyelidikan, penerbitan, dan sebagainya yang relevan demi memartabatkan agama Islam.
Peluang Kerjaya
– Peluang kerjaya di organisasi Islam dan badan-badan dakwah
– Guru agama di sekolah atau pusat pengajian Islam, masjid, dan surau
– Penulis dan pembantu penyelidik (research assistant)
– Pendakwah Bebas
– Pendakwah Bertauliah Jabatan Agama
Mod Program
Program ini merupakan program secara atas talian (online) sahaja. Rakaman kuliah akan diberikan kepada pelajar dan sesi tutorial secara langsung (live) hanya diadakan pada hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Sabtu.
Syarat Kemasukan
– Beragama Islam
– Mampu membaca Al-Quran
– Boleh membaca dan menulis dengan baik
– Boleh menggunakan komputer dan internet
– Terbuka kepada semua warga dunia yang boleh berbahasa Melayu
– Tiada had umur dan jantina
Jadual Kuliah & Tutorial
Setiap Sabtu Sahaja
|
9.00 am – 1.00 pm
|
Tutorial
|
Kaedah Pelaksanaan Program
- Tenaga pengajar terdiri daripada pensyarah-pensyarah yang berkelulusan dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, dan sebagainya sama ada dari IPT tempatan dan luar negara.
- Pengurusan AU berhak sepenuhnya untuk mengubah dan menyusun silibus, senarai pensyarah dan tutor, jadual, takwim, dan sebagainya bagi memastikan kelancaran perjalanan program.
- Jumlah jam kredit bagi program Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah ialah 108 jam kredit.
- Pelajar perlu mengikuti sembilan (9) semester pengajian. Tempoh setiap semester ialah selama empat (4) bulan. Hari-hari kuliah disusun dalam tempoh empat (4) bulan tersebut selaras dengan kehendak 14 minggu belajar.
- Markah minimum lulus bagi setiap subjek ialah 40%.
- Pelajar perlu mengulang semula sesuatu kursus sekiranya didapati gagal dalam peperiksaan akhir. Pelajar tersebut juga perlu membayar semula yuran pengajian bagi subjek yang gagal dengan kadar yang sama seperti pada kali pertama.
- Tidak ada tempoh “maksimum” untuk menamatkan pengajian diploma. Tetapi tempoh minimum dan ideal ialah selama 3 tahun.
- Pengajian secara online adalah menerusi aplikasi Zoom, melainkan diumumkan selainnya dari masa ke masa.
- Rakaman sesi kuliah atau tutorial akan diberikan kepada pelajar. Pelajar boleh mengikuti program ini secara sepenuh masa dengan menghadiri kesemua kelas secara langsung (live) atau secara sambilan (part-time) dengan melihat rakaman akan tetapi pelajar disaran agar berusaha untuk menghadiri setiap kuliah dan tutorial sebaik mungkin.
Jadual Silibus Tahun Pertama (Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah)
TAHUN 1
|
Semester 1
|
Semester 2
|
Semester 3
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Aqidah 1 (Tauhid)
|
3
|
Aqidah 2 (Rukun Iman)
|
3
|
Aqidah 3 (Asma’ wa Sifat)
|
3
|
Akhlak 1
|
2
|
Akhlak 2
|
2
|
Akhlak 3
|
2
|
Bahasa Arab Al-Madinah 1
|
6
|
Bahasa Arab Al-Madinah 2
|
6
|
Bahasa Arab Al-Madinah 3
|
6
|
Al-Quran & Tajwid 1
|
2
|
Al-Quran & Tajwid 2
|
2
|
Al-Quran & Tajwid 3
|
2
|
Jumlah Jam Kredit
|
13
|
Jumlah Jam Kredit
|
13
|
Jumlah Jam Kredit
|
13
|
Jadual Silibus Tahun Kedua (Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah)
TAHUN 2
|
Semester 4
|
Semester 5
|
Semester 6
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Fiqh As-Sunnah (Ibadat)
|
3
|
Pengantar Ulum Al-Quran
|
3
|
Usul At-Tafsir
|
3
|
Madkhal ila Al-Fiqh Al-Islami
|
3
|
Pengantar Ulum Al-Hadith
|
3
|
Mustalah Al-Hadith
|
3
|
Matan Al-Ajurrumiyyah (Nahu)
|
2
|
Tuhfah Thaniyah (Nahu) 1
|
2
|
Tuhfah Thaniyah (Nahu) 2
|
2
|
Sirah Nabawiyyah 1
|
3
|
Sirah Nabawiyyah 2
|
3
|
Fiqh As-Sunnah (Munakahat)
|
3
|
Jumlah Jam Kredit
|
11
|
Jumlah Jam Kredit
|
11
|
Jumlah Jam Kredit
|
11
|
Jadual Silibus Tahun Ketiga (Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah)
TAHUN 2
|
Semester 7
|
Semester 8
|
Semester 9
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Subjek
|
Kredit
|
Pengantar Usul Al-Fiqh
|
3
|
Hadith Ahkam
|
3
|
Fiqh As-Sunnah (Mawarith)
|
3
|
Asbab Nuzul Al-Ayat
|
3
|
Fiqh As-Sunnah (Jinayat)
|
3
|
Ilmu Takhrij Al-Hadith
|
3
|
Asbab Wurud Al-Hadith
|
3
|
Tafsir Al-Qur’an 1
|
3
|
Asas Ilmu Rijal
|
3
|
Fiqh As-Sunnah (Muamalat)
|
3
|
Ayat Ahkam
|
3
|
Tafsir Al-Qur’an 2
|
3
|
Jumlah Jam Kredit
|
12
|
Jumlah Jam Kredit
|
12
|
Jumlah Jam Kredit
|
12
|
Susunan atau tertib subjek dalam setiap semester mungkin berubah dan berlainan daripada ini berdasarkan keputusan AU dari
masa ke semasa
Kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P)
- Kuliah dan tutorial – diadakan pada hari Sabtu. Kehadiran bagi setiap subjek mesti direkodkan dalam sistem. Kuliah secara online diadakan menerusi aplikasi Zoom atau selainnya sebagaimana aturan pihak pengurusan program.
- Pembacaan dan kajian sendiri – pelajar perlu membuat pembacaan dan ulang kaji sendiri, atau menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan oleh pensyarah. Semua tugasan perlu dihantar secara online dan dalam bentuk softcopy.
- Kuiz bagi setiap modul atau bab – diadakan untuk menguji tahap pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap subjek atau topik yang dipelajari sebelum melanjutkan pengajian ke modul atau bab seterusnya dalam satu-satu kursus.
- Peperiksaan akhir setiap semester – dilaksanakan sebagai kayu ukur pemahaman dan penguasaan ilmu pelajar terhadap subjek yang dipelajari secara keseluruhan. Semua kuiz dan peperiksaan adalah secara online.
Kaedah Penilaian
Bil.
|
Elemen Pemarkahan / Penilaian
|
Peratus (%)
|
1
|
Kehadiran kuliah dan tutorial
|
20%
|
2
|
Kuiz modul/bab
|
10%
|
3
|
Tugasan dan latihan
|
20%
|
4
|
Peperiksaan akhir
|
50%
|
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
100%
|
Skema Pemarkahan
Markah
|
Gred
|
Nilai Gred
|
Takrifan
|
90-100
|
A
|
4.00
|
Cemerlang / Mumtaz
|
80-89
|
A-
|
3.67
|
75-79
|
B+
|
3.33
|
Sangat Baik /
Jayyid Jiddan
|
70-74
|
B
|
3.00
|
65-69
|
B-
|
2.67
|
Baik / Jayyid
|
60-64
|
C+
|
2.33
|
55-59
|
C
|
2.00
|
50-54
|
C-
|
1.67
|
Lulus / Maqbul
|
45-49
|
D+
|
1.33
|
40-44
|
D
|
1.00
|
35-39
|
D–
|
0.67
|
Gagal / Ghayr Maqbul
|
30-34
|
E
|
0.33
|
0-29
|
F
|
0.00
|
Penganugerahan Diploma & Prospek Pengajian Lanjutan
-
- Pihak Addiin University akan menganugerahkan Diploma kepada para pelajar yang mendapat PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) minimum 2.00.
- Para pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di kolej atau universiti tempatan di Malaysia yang menerima pengiktirafan APEL MQA sekiranya mereka lulus syarat-syarat yang dikemukakan. Pelajar perlu menghantar borang permohonan APEL untuk diproses oleh IPT yang berkenaan.
- Para pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda atau setaraf di sekolah tinggi dakwah di Indonesia atau negara lain yang setaraf dengan universiti, yang menjalinkan usahasama atau MOU atau MOA dengan Addiin University.
- Pemilik Diploma ini juga berpeluang untuk mendapatkan tauliah mengajar agama setiap negeri di Malaysia dan boleh mengajar, berkhutbah, dan membuka kelas-kelas pengajian sendiri.
- Dengan ilmu yang diperolehi, sepatutnya para graduan program ini sudah mampu membaca, menulis, dan mengikuti pengajian agama Islam dengan lebih mendalam bersama para ulama di seluruh dunia dalam apa jua cara dan bentuk.
TERMA & SYARAT PROGRAM
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & AS-SUNNAH (DPQS)
ADDIIN UNIVERSITY (AU)
1. Addiin University atau singkatannya “AU” adalah sebuah institusi dan jenama yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh DT Education Sdn Bhd (1298668-A) yang beribu pejabat di Presint Diplomatik, Putrajaya, Malaysia.
2. Penyertaan program adalah terbuka kepada semua pelajar dari serata dunia, bukan hanya di Malaysia, yang boleh memahami bahasa Melayu dengan baik.
3. Program ini dilaksanakan untuk tujuan penyebaran ILMU yang bermanfaat dan bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah.
4. Yuran program ialah seperti berikut:
Peringkat Pengajian
|
Yuran (RM) Per Semester
|
US Dollar
|
Tahun 1 / Semester 1
|
600
|
145
|
Tahun 1 / Semester 2
|
600
|
145
|
Tahun 1 / Semester 3
|
600
|
145
|
Tahun 2 / Semester 4
|
600
|
145
|
Tahun 2 / Semester 5
|
600
|
145
|
Tahun 2 / Semester 6
|
600
|
145
|
Tahun 3 / Semester 7
|
600
|
145
|
Tahun 3 / Semester 8
|
600
|
145
|
Tahun 3 / Semester 9
|
600
|
145
|
TOTAL
|
5,400
|
1,305
|
5. Sekiranya calon pelajar bersetuju dengan tawaran mengikuti program ini, maka bayaran yuran kursus perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum kuliah pertama bagi semester tersebut bermula. Sila rujuk tarikh tutup pendaftaran bagi setiap semester/ambilan di laman web rasmi addiin.com/university atau pada e-mel yang dihantar oleh pihak pengurusan AU dari masa ke masa.
6. Pengguguran kursus (course drop) boleh dilakukan secara percuma dalam tempoh 30 hari selepas bermula kelas pertama dalam satu-satu semester. Tidak ada pengembalian wang yuran bagi mana-mana kursus yang digugurkan. Permohonan untuk menggugurkan kursus selepas tempoh 30 hari selepas bermulanya kelas pertama dalam semester tersebut akan dikenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap satu kursus yang digugurkan.
7. Semua proses permohonan dan pendaftaran adalah SECARA ONLINE SAHAJA. Bayaran perlu dibuat menurut cara dan kaedah seperti yang diberikan melalui e-mel oleh pihak pengurusan AU.
8. Sila hubungi pengurusan AU melalui e-mel university@addiin.com untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.
9. Para pelajar perlu membuat pembacaan, kajian, dan menulis sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar para pensyarah.
10. Pelajar hanya diberikan akses kepada laman kursus atau subjek setelah berjaya membuat pembayaran yuran secara online.
11. Semua buku teks dan nota adalah dalam bentuk softcopy sama ada dalam format Word, PDF, atau sebagainya.
12. Yuran pengajian yang telah dibayar tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
13. Yuran pengajian setiap semester adalah termasuk kos pentadbiran, kemudahan pengajian, kos tutorial, elaun pensyarah, peralatan dan kelengkapan kuliah secara online, dan lain-lain.
14. Skrol Diploma akan dianugerahkan selepas tamat pengajian dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
15. Selain daripada nota atau buku teks yang disediakan oleh pihak AU, para pelajar dikehendaki membeli buku-buku rujukan sendiri atas tanggungan sendiri sekiranya perlu.
16. Para pelajar program ini mestilah menjaga adab, akhlak, dan sahsiah diri yang baik menurut ajaran Islam. Semua pelajar wajib berpakaian memelihara aurat dan maruah diri dan mengamalkan adab dan akhlak penuntut ilmu syarie ketika sesi pengajian.
17. Semua pelajar wajib mematuhi semua peraturan dan ketetapan AU. Mana-mana pelajar yang gagal mematuhi peraturan AU atau arahan pihak pengurusan dari masa ke masa, sama ada secara bertulis atau lisan, boleh dikenakan hukuman atau digugurkan daripada program.
18. Semua pelajar bersetuju untuk dihubungi oleh pihak pengurusan AU atau DT Education Sdn Bhd bagi menyampaikan sebarang maklumat, perkembangan terkini, program baharu, dan sebagainya yang dirasakan perlu.
19. Pihak pengurusan AU berhak membuat pindaan, perubahan, dan mengeluarkan apa-apa arahan demi kelancaran perjalanan program dari masa ke masa.
20. Pihak pengurusan AU TIDAK MENJAMIN kejayaan mana-mana pelajar untuk mendapat tempat di mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain, atau mendapat peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian di sini.
21. Segala masalah, maklumbalas, aduan, dan sebagainya hendaklah disampaikan terus kepada pihak pengurusan AU.
22. Para pelajar bertanggungjawab atas keselamatan dan kesihatan diri mereka masing-masing, serta harta benda milik mereka sepanjang mengikuti program ini. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan, kerosakan, kecederaan, atau kematian pada diri dan harta benda pelajar sepanjang mengikuti program ini.
23. Segala peraturan dan ketetapan adalah tertakluk di bawah undang-undang negara Malaysia.
Sekian terma dan syarat